Kensiu | |
---|---|
Asli kepada | Malaysia (Semenanjung Malaysia), Thailand |
Kawasan | Timur laut Kedah, berdekatan sempadan Thailand. Menjangkaui kawasan selatan wilayah Yala, Thailand. |
Etnik | Kensiu |
Penutur bahasa | 259 (2015)[1] |
Dialek/loghat | Ijoh (Ijok), Jarum, Jeher (Sakai Tanjong of Temongoh), Kedah (Quedah), Plus, Ulu Selama, Kensiu Batu, Kensiu Siong, Kentaq Nakil |
Tulisan Rumi, Tulisan Thai | |
Kod bahasa | |
ISO 639-3 | kns |
Glottolog | kens1248 |
ELP | Kensiu |
Kensiu (Kensiw) ialah bahasa Austro-Asia daripada subcabang Jahaik (Asli Utara). Bahasa ini dituturkan oleh sebuah komuniti kecil yang terdiri dari 300 orang penutur di wilayah Yala di selatan Thailand dan juga dilaporkan oleh sebuah komuniti yang terdiri daripada sekitar 300 orang penutur di Malaysia Barat (Perak dan Kedah). Penutur bahasa ini ialah orang Negrito yang dikenali sebagai orang Mani atau Maniq dari Thailand.[2]